Chew terima lantikan Penyelaras PKR DUN Karamunting

SANDAKAN – Datuk Chew Kok Woh kini rasmi menyandang jawatan Penyelaras PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting selepas menerima surat lantikan baru-baru ini.

Beliau berkata, pelantikan tersebut adalah hasil kepercayaan yang diberikan oleh Cabang PKR Batu Sapi serta pimpinan PKR Negeri Sabah untuk memimpin dan mengendalikan program serta gerak kerja parti di kawasan berkenaan.

“Saya pernah bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020 sebagai calon Barisan Nasional (BN) mewakili MCA di DUN Karamunting.

“Namun pada awal 2023, saya meletakkan jawatan keahlian dalam BN/MCA dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bersama ahli-ahli dari 27 cawangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Chew, beliau terus berkhidmat sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting seperti biasa sehingga kini.

Bagaimanapun, pada April 2025 beliau mendapati keahliannya dalam PGRS tidak wujud dan tiada rekod sah mengenai keanggotaan tersebut.

“Pada Mei lalu, saya telah dipelawa oleh Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Aris Remigius untuk menyertai PKR.

“Setelah berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan, kami sepakat menyertai PKR demi meneruskan perjuangan membela rakyat di DUN Karamunting khasnya dan daerah Sandakan amnya,” katanya.

Chew turut merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan PKR kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras DUN Karamunting.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka