Akhirnya United menang di Old Trafford

JARINGAN penalti pada masa kecederaan oleh kapten Bruno Fernandes menghadiahkan Manchester United kemenangan 3-2 ke atas pasukan yang baru dipromosikan Burnley, dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

Selepas kekalahan memalukan dalam Piala Liga kepada Grimsby, United memulakan perlawanan dengan semangat tinggi di Old Trafford, mendominasi permainan dan memperoleh kelebihan melalui gol sendiri Josh Cullen pada minit ke-27.

Namun, kegagalan United memanfaatkan peluang di hadapan gawang membawa padah apabila Burnley menyamakan kedudukan pada awal babak kedua menerusi Lyle Foster.

Bryan Mbeumo dengan cepat membalas untuk meletakkan United kembali di hadapan kurang dari dua minit selepas itu.

Namun, kesilapan penjaga gol membenarkan Jaidon Anthony menjaringkan gol penyamaan untuk Burnley pada minit ke-67, menghidupkan harapan mereka untuk meraih satu mata.

“Tiga mata, sekiranya kamu melihat perlawanan, kami harus menyelesaikannya pada babak pertama tetapi kami berjuang sehingga saat akhir kerana beberapa perkara yang rumit,” kata pengendali United, Ruben Amorim.

“Pada babak pertama, kami juga mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Kamu merasakan yang kamu dapat mengawal permainan.

“Namun apabila satu lontaran ke dalam, satu ‘set piece’. Saya geleng kepala kerana kadangkala bola sepak memang begini.”

Fernandes muncul sebagai wira apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran terhadap Amad Diallo, sekali gus memastikan United meraih tiga mata penuh.

Related Posts

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan lanjut mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan pada Ahad ini. “Saya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah