JKOM kini lebih tersusun, kehadiran semakin dirasai – Ismail

IPOH – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan bahawa peranan jabatan itu kini jauh lebih baik, tersusun dan semakin dihargai selepas memasuki tahun ketiga penubuhannya.

Menurut beliau, kehadiran JKOM kini dirasai dengan lebih jelas, khususnya selepas penempatan jabatan itu di bawah Kementerian Komunikasi.

“Peranan serta tugasan JKOM yang kini memasuki tahun ketiga semakin mantap dan tersusun.

“Dahulu kewujudan JKOM kurang dirasai, tetapi kini jabatan ini terlibat secara langsung dalam usaha menyampaikan dasar-dasar Kerajaan MADANI kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Bakti Muda Jiwa Merdeka anjuran JKOM di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan sentiasa cuba melaksanakan yang terbaik meskipun masih terdapat kesenjangan dan kelompongan.

“Setakat ini, kita mempunyai lebih 200 pegawai di seluruh negeri.

“Setiap negeri ada terdapat pegawai namun pentadbiran utama berpusat di Putrajaya.

“Biarpun masih terdapat kesenjangan dan kelompongan, namun pihak saya akan terus melakukan yang terbaik supaya lebih tersusun,” jelasnya.

Program tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, dan menghimpunkan lebih 1,000 pelatih serta kakitangan ILKKM.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk penulisan watikah ucapan Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-68 yang disempurnakan para pelatih dan warga ILKKM di atas 35 helaian kain rentang sebagai simbol semangat patriotik.

Dalam ucapannya, Ismail yang mesra disapa Tok Abah turut melahirkan rasa terharu terhadap semangat cintakan negara yang ditunjukkan golongan muda, disifatkan beliau sebagai pewaris masa depan yang masih teguh memegang nilai patriotisme.

Program ini merupakan inisiatif sambutan Bulan Kemerdekaan yang diselaraskan oleh JKOM dengan kerjasama ILKKM Sultan Azlan Shah.

Bertemakan ‘Menyemai Semangat, Membina Barisan Hadapan’, program ini bertujuan menyantuni para pelatih dan warga Institut sebagai pengiktirafan kepada peranan bakal barisan hadapan sistem kesihatan negara.

“Jiwa Merdeka yang kita semai hari ini bukan sekadar slogan, tetapi satu prinsip hidup.

“Mempunyai kesedaran tinggi terhadap cabaran masyarakat, dan melangkah ke hadapan bukan untuk ujian, tetapi demi kesejahteraan rakyat,” kata Ismail.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha