Merdeka diseleweng, politikus cuba pecah belah, rakyat tetap bersatu

BULAN Ogos datang lagi. Hatta seperti biasa, rakyat menyambutnya dengan penuh semangat mengibarkan Jalur Gemilang, mengadakan program patriotik, dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan.

Namun, ada juga ‘watak tambahan’ yang muncul setiap tahun iaitu segelintir politikus ‘noob’ yang kerja mereka hanya mencipta drama murahan. Isunya?

Sama sahaja iaitu bendera terbalik, jalur tak cukup, bintang tak sempurna.

Pendek kata, isu remeh yang diulang tayang bagai drama sinetron tahap rendah.

Sudah pasti menjelang bulan kemerdekaan bendera pasti akan menjadi modal politik.

Apabila tersilap letak bendera, terus dijadikan bahan kutukan. Kononnya tanda pengkhianat, tanda tiada patriotisme.

Padahal, tersilap itu merupakan lumrah manusia. Rasulullah SAW sendiri menyebut Allah tidak menghukum umat kerana tersilap atau terlupa.

Tapi para politikus dungu ini seolah-olah lebih maksum daripada malaikat, sibuk menuding jari untuk raih perhatian.

Ironinya, mereka sendiri tidak terlepas. Ingat lagi?

Tahun 2022, ketika raptai perbarisan bawah kerajaan tebuk atap, bendera terbalik berkibar tanpa sedar.

UMNO Terengganu pernah cetak bendera tak cukup jalur. Poster rasmi Pas Terengganu pula pernah keluar bintang tak cukup bucu.

Tapi bila mereka tersilap, semua senyap dan terus dipadam macam tak pernah berlaku.

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah matang. Mereka hidup harmoni, saling bantu merentas kaum, malah kisah-kisah persaudaraan sebegini cukup banyak untuk dijadikan teladan.

Tetapi, malangnya, politikus dunggu hanya tahu pecah belahkan rakyat kerana itu sahaja cara mereka dapat sanjungan sebagai wira bangsa.

Apabila ada jawatan menteri, mulut mereka terkunci. Bila hilang kuasa, mulalah buat konten drama kononnya jaguh bangsa.

Hakikatnya, mereka tidak lebih daripada pelakon amatur yang hanya berlakon demi undi.

Malaysia merdeka kerana rakyat bersatu, bukan kerana politikus bijak berdrama.

Bulan Ogos ini sepatutnya jadi ruang kita menyemarakkan cinta pada negara, bukan pesta menyalakan api kebencian.

Pada Ogos inilah juga masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik menyemai semangat cinta kepada negara terutamanya generasi muda.

Melalui kesepakatan dan persefahaman inilah negara akan terus maju ke hadapan malah mampu menjadi contoh kepada negara luar yang turut memiliki masyarakat majmuk.

Tanpa keharmonian dan keamanan mampukah Malaysia menjadi negara maju?

Masyarakat Malaysia hari ini tidak mahu terus diganggu dengan drama bodoh politikus ‘noob’ yang fikir negara ini medan konten untuk TikTok politik murahan mereka.

Sempena menyambut kemerdekaan ke-68 pada tahun ini penulis berharap ahli politik tunjuklah kematangan dan bukan masanya masing-masing mahu menunjuk sebagai wira.

Related Posts

Onn Hafiz terperangkap dengan isu ‘bebaskan Bossku’- Norman

TINDAKAN Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat naratif kerinduan terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah politik yang akhirnya memakan diri sendiri. Penganalisis politik, Norman Radzuan berkata, isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Memahami jasa, pengorbanan merentasi 70 tahun usia FELDA

TAHUN ini genap tujuh dekad FELDA memberi bakti kepada warga peneroka di seluruh negara. Bermula di Lurah Bilut, dekat Bentong, Pahang, program tanah rancangan diperkenalkan Tun Abdul Razak itu sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor