Penyakit Measles-Rubella belum dikesan di Selangor

TIADA kes berjangkit Measles-Rubella direkodkan di Selangor setakat ini, kata Jamaliah Jamaluddin.

Exco Kesihatan Awam Kerajaan Selangor itu berkata, situasi penyakit Measles-Rubella di Selangor masih terkawal dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) belum mengeluarkan sebarang laporan atau amaran signifikan berkaitan penyakit itu.

“Belum ada lagi data menunjukkan berlakunya kes Measles-Rubella di Selangor. Selalunya JKNS akan memaklumkan melalui laporan berkaitan isu (kes) tertentu yang memerlukan tindakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri.

“Buat sementara waktu, tiada amaran dan laporan kes yang signifikan dari JKNS berhubung penyakit ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Sinergi Bandar Pintar Ampang Jaya 2025 di Pusat Konvensyen MPAJ, hari ini.

Jamaliah turut memaklumkan Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan pemberian vaksin tambahan Measles-Rubella kepada kanak-kanak melalui program kesihatan negeri jika diperlukan.

“Kita tengok keadaan penyakit, jika sesuai memang kita bekerjsama dengan JKNS dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk membenarkan pemberian vaksin di program Selangor Saring.

“Buat masa ini, Kerajaan Negeri teruskan inisiatif pemberian vaksin buat warga emas secara percuma mengikut syarat di Selangor Saring,” katanya.

Sebelum ini, KKM memaklumkan akan melaksanakan Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles-Rubella bagi kanak-kanak berumur enam hingga 59 bulan di seluruh negara mulai 4 Ogos hingga 12 Oktober depan.

Bahagian Kawalan Penyakit KKM berkata, inisiatif itu menyasarkan kanak-kanak lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025 bagi meningkatkan liputan imunisasi dan memberi perlindungan awal mencegah penularan lebih meluas.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi