RUU Pekerja Gig hasil libat urus bersama pemegang taruh, bukan dirangka secara khayalan

PUTRAJAYA – Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig 2025 dirangka menerusi proses libat urus bersama pemegang taruh, bukannya bersifat khayalan mahupun dilaksana secara terburu-buru oleh Kerajaan MADANI.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menegaskan, pihaknya telah mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan yang terlibat sebelum undang-undang tersebut dimuktamadkan.

Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyakini draf RUU terbabit dilihat mampu memberikan perlindungan asas yang lebih baik kepada golongan pekerja gig walaupun akan ada pihak tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan dalam memperkasa ekonomi sektor itu.

“RUU ini bukan dibuat atas angin, imaginasi ataupun khayal KESUMA semata-mata. Ia dirangka setelah mendapatkan maklum balas dari semua pihak.

“Sudah tentu ia tidak dapat memuaskan semua pihak, tapi semua pihak telah kita rujuk dan saya harap semua pihak khususnya Ahli-ahli Parlimen saya merayu terutamanya di belah kerajaan dan pembangkang.

“Marilah sama-sama kita menjayakan dan meluluskan RUU ini supaya pekerja gig kita meliputi 1.2 juta pekerja ini di mana mereka tidak lagi bertarung nyawa untuk bangunkan ekonomi negara dan berikan keselesaan kepada hidup kita,” katanya dalam sidang media selepas membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Sementara itu, Steven turut menyeru agar setiap Ahli Parlimen sama ada daripada kerajaan dan pembangkang mengetepikan perbezaan politik demi menjayakan usaha memperkukuh kebajikan pekerja ekonomi digital.

“Saya harap kita sama-sama kepikan perbezaan dan luluskan RUU Gig ini,” katanya.

Terdahulu, RUU Pekerja Gig 2025 digubal bagi menyediakan rangka perundangan khusus untuk melindungi hak pekerja dalam sektor ekonomi digital termasuk penghantar makanan, pemandu e-hailing serta penyedia perkhidmatan bebas (freelancer) yang kini dianggarkan berjumlah lebih 1.2 juta orang di Malaysia.

RUU tersebut dilihat sebagai langkah penting untuk menutup jurang perlindungan sosial antara pekerja tradisional dengan mereka yang terlibat dalam pekerjaan tidak formal, selain memastikan penglibatan sektor gig menyumbang secara lebih mampan kepada ekonomi negara.

RUU Pekerja Gig 2025 yang bertujuan memberi perlindungan dan mengiktiraf peranan pekerja sektor berkenaan, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Bacaan kali kedua dan ketiga akan dibuat pada persidangan kali ini.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor