The Majulan Hotel pacu pertumbuhan ekonomi Penampang, sedia sambut VM2026

PENAMPANG – Pembukaan rasmi The Majulan Hotel bukan sekadar menambah pilihan penginapan di Sabah, sebaliknya menjadi pemacu ekonomi baharu Penampang dengan mencipta peluang pekerjaan, memperkasa komuniti tempatan dan menyokong persediaan negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alexander Hugo Malakun berkata, pembukaan hotel bertaraf tiga bintang itu bukan sekadar pelaburan komersial, sebaliknya merupakan inisiatif berimpak tinggi yang menyeimbangkan keuntungan perniagaan dengan tanggungjawab sosial dan pemeliharaan identiti tempatan.

“The Majulan Hotel ditubuhkan dengan falsafah bahawa kejayaan perniagaan perlu selari dengan pemerkasaan komuniti, pemuliharaan warisan budaya serta pengekalan nilai hospitaliti Sabah. 

“Ia bukan hanya tempat penginapan, tetapi simbol komitmen kami terhadap pembangunan negeri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian The Majulan Hotel di sini, Rabu.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew.

Tambah Alexander, hotel berkenaan kini mempunyai tenaga kerja dari kalangan penduduk tempatan, khususnya di Penampang  dan akan terus menambah peluang pekerjaan selaras dengan pertumbuhan operasinya.

Menjelang VM2026, pihaknya juga bersedia menyambut pelancong domestik dan antarabangsa dengan menyediakan pengalaman penginapan yang menyeluruh dan mesra budaya.

“The Majulan Hotel menawarkan 163 bilik moden, kafe dan restoran yang menyajikan masakan tempatan serta antarabangsa, kemudahan kolam renang dan gimnasium, serta dek tinjauan di bumbung yang memberikan pemandangan panoramik Penampang.

“Kami mahu setiap pengunjung membawa pulang bukan sahaja kenangan, tetapi juga merasai kehangatan keramahan Sabah,” ujarnya.

Dalam usaha memelihara dan memperkenalkan budaya setempat kepada pelawat, Alexander berkata International Technology & Commercial Centre (ITCC) yang menempatkan hotel itu juga menawarkan kelas bahasa Kadazan secara percuma kepada pengunjung setiap minggu.

“Memandangkan pengunjung yang berkunjung ke ITCC pada hujung minggu ramai, pihak kami mengambil inisiatif ini untuk menambah aktiviti kepada pengunjung tempatan bagi sama-sama mempelajari Bahasa Kadazan yang merupakan bahasa ibunda di daerah ini,” katanya.

Selain itu, ITCC terus menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan melalui program tanggungjawab sosial korporat seperti Program Derma Darah yang dijalankan secara berkala di pusat beli-belah tersebut tanpa bayaran.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu beralih daripada pendekatan pemberian bantuan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri secara lebih menyeluruh serta berterusan. Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China