Newcastle kecewa Isak keluar kenyataan ‘mengelirukan’

NEWCASTLE United membalas kenyataan mengejut dikeluarkan penyerangnya Alexander Isak di laman sosial.

Penyerang yang mahu berpindah itu mendakwa ‘tiada lagi kepercayaan’ antara dirinya dan kelab, ketika dia terus mendesak untuk meninggalkan St James’ Park.

Kelab itu menegaskan semula Isak tidak pernah diberitahu dia boleh berpindah pada musim panas ini, malah secara mengejut, satu jalan kembali ke skuad utama masih ditawarkan kepadanya.

Pemain berusia 25 tahun itu digugurkan dari skuad utama Newcastle susulan usahanya memaksa perpindahan, dengan Liverpool dilaporkan amat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Dia turut tidak menghadiri kem latihan pramusim kelab – termasuk jelajah ke Asia – sebelum memaklumkan kepada pegawai dia mahu meninggalkan kelab itu.

Kini, Isak secara terbuka menegaskan pendiriannya buat kali pertama, menyatakan ‘demi kebaikan semua pihak’ jika dia meninggalkan kelab itu.

Namun beberapa jam kemudian, Newcastle membalas kenyataan itu – menegaskan dia tidak akan dijual melainkan ia benar-benar ‘demi kebaikan’ kelab.

“Kami kecewa apabila dimaklumkan mengenai hantaran media sosial oleh Alexander Isak malam ini.

“Kami ingin jelaskan Alex masih terikat dengan kontrak dan tiada sebarang komitmen pernah dibuat pegawai kelab dia boleh meninggalkan Newcastle United pada musim panas ini.

“Kami mahu mengekalkan pemain terbaik kami, namun kami juga memahami pemain mempunyai keinginan mereka sendiri dan kami mendengar pandangan mereka.

“Seperti dijelaskan kepada Alex dan wakilnya, kami sentiasa perlu mengambil kira kepentingan terbaik Newcastle United, pasukan serta penyokong dalam setiap keputusan dan kami sudah tegaskan syarat bagi penjualan pada musim panas ini tidak dipenuhi.

“Kami tidak menjangka syarat itu akan dipenuhi.

“Ini adalah kelab bola sepak yang berbangga dengan tradisinya dan kami berusaha mengekalkan suasana kekeluargaan.

“Alex kekal sebagai sebahagian daripada keluarga kami dan akan disambut kembali apabila dia bersedia untuk bersama rakan sepasukannya semula,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, kemarahan Isak berpunca daripada janji kenaikan gaji dibuat bekas pemilik bersama, Amanda Staveley dan Mehrdad Ghodoussi namun gagal ditunaikan.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak