Selangor FC, Buriram United sama handal

SELANGOR FC hampir melakar kejutan dalam aksi pertama Kumpulan A Kejuaraan Kelab Asean (ACC) apabila mengikat gergasi Thailand, Buriram United 1-1 di Chang Arena, Buriram, malam tadi.

Kejayaan membawa pulang satu mata itu sememangnya mengejutkan, apatah lagi skuad kendalian Osmar Loss adalah juara bertahan – selain dilabel antara kelab terbaik Asia – apabila mara hingga ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit musim lalu.

Keputusan itu membolehkan anak didik Katsuhito Kinoshi memulakan kempen sulung ACC dengan momentum positif.

Aksi seimbang dipamerkan kedua pasukan sepanjang 45 minit pertama namun pelawat memiliki lebih banyak peluang untuk mencetak gol.

Kesempatan terbaik hadir pada minit 24 apabila penyerang dari Brazil, Chrigor Moraes bergerak solo dan berjaya mengatasi benteng tuan rumah, namun percubaannya tersasar.

Begitupun, Moraes menebus kehampaan itu apabila memecah kebuntuan di minit 38 menerusi satu rembatan kencang selepas menerima hantaran Nooa Laine, sekaligus gagal dihalang Chatchai Budprom di depan gawang.

Bersambung babak kedua, The Thunder Castle memperkemaskan aksi dengan membuat pertukaran apabila membawa masuk beberapa pemain baharu bagi menambah kesegaran kepada pasukan.

Asakan bertubi-tubi tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Buriram, Zulj menanduk masuk gol penyamaan di minit 95, sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan meraih satu mata.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman