Idham Nawawi lepas jawatan CEO CelcomDigi

PUTRAJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), CelcomDigi Berhad, Datuk Idham Nawawi akan menamatkan perkhidmatannya atas alasan peribadi.

Perkhidmatannya tamat selepas tiga tahun menerajui pasukan pengurusan melalui fasa integrasi awal susulan penggabungan Celcom dan Digi pada 30 November 2022.

Idham akan melepaskan jawatannya sebagai CEO CelcomDigi berkuat kuasa 31 Ogos 2025.

Bagi memastikan kelancaran peralihan kepimpinan, Timbalan CEO, Albern Murty akan mengambil alih peranan sebagai Pemangku CEO bermula 1 September 2025.

Idham akan terus menyokong syarikat sebagai Penasihat kepada Lembaga Pengarah sehingga 30 November 2025, bagi membantu Albern dan pasukan kepimpinan sepanjang tempoh peralihan ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah CelcomDigi, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, Lembaga Pengarah mengucapkan terima kasih kepada Idham kerana memimpin CelcomDigi dalam meletakkan asas bagi pertumbuhan masa depan sebagai syarikat telekomunikasi dipercayai di Malaysia.

Related Posts

Peralihan tenaga kunci keselamatan ekonomi, Malaysia kekal komited perkukuh tenaga hijau ASEAN

KUALA LUMPUR – Peralihan kepada tenaga bersih bukan lagi sekadar agenda alam sekitar, sebaliknya menjadi keperluan strategik bagi menjamin keselamatan tenaga, daya saing ekonomi dan ketahanan negara berdepan ketidaktentuan geopolitik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia kini hanya 7.1 peratus ke status negara berpendapatan tinggi

PUTRAJAYA – Pertumbuhan ekonomi kukuh sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini mendekatkan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi apabila hanya berada 7.1 peratus di bawah ambang yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos