Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu umat Islam di negara ini menguruskan simpanan serta persediaan menunaikan ibadah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pendedahan itu menjadi manifestasi komitmen berterusan kerajaan terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

“Selama lebih enam dekad, TH memainkan peranan penting dalam menguruskan simpanan serta urusan haji jutaan jemaah Malaysia.

“Sekali gus membuktikan kedudukannya sebagai institusi Islam yang menjadi kebanggaan negara dan model pengurusan dana Islam diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

“Dapatan dan laporan RCI ini dilihat secara positif sebagai peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi seperti TH,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya laporan RCI mengenai TH dinyah rahsia dan didedahkan.

Dewan Rakyat dijangka mengadakan sidang khas untuk membahaskan laporan berkenaan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, TH sudah dan sedang melaksanakan syor penambahbaikan RCI itu secara teratur demi memelihara kepentingan pendeposit, pematuhan Syariah, serta kelestarian operasi.

Katanya, seiring dengan pembaharuan itu, TH terus mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh serta membuktikan pengurusan haji terbaik dunia menerusi kejayaan merangkul Anugerah Labbaytum kategori Diamond daripada Kerajaan Arab Saudi secara konsisten.

“Pelaksanaan syor RCI dan pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin untuk TH terus mencipta kecemerlangan, memacu inovasi perkhidmatan dan memberikan nilai pulangan yang optimum kepada pendeposit.

“Sehubungan itu, seluruh agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan sokongan padu bagi memastikan TH kekal mampan, sentiasa diyakini oleh umat Islam, serta berterusan menjadi peneraju pengurusan haji negara,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan