Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

CHENNAH – Siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran yang dikenal pasti selepas laporan dibentangkan kepada Jemaah Menteri membuktikan Tabung Haji (TH) mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut memutuskan supaya laporan berhubung kedudukan TH itu didedahkan kepada umum sebagai tanda komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan akauntabiliti.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) serta agensi berkaitan sebelum sebarang tindakan undang-undang diputuskan

“Mereka cabar saya, kata kalau berani dedahkan laporan Tabung Haji. Saya jawab, dedahkan. Hari ini Jemaah Menteri putuskan supaya laporan itu didedahkan kepada rakyat.

“Mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian, penipuan atau salah guna kuasa akan disiasat oleh PDRM, SPRM, Bank Negara dan agensi berkaitan. Kalau ada bukti, kita dakwa. Biar mahkamah yang tentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang Bersama Perdana Menteri di Kampung Simpang Durian, pada Rabu.

Katanya, laporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Rashid Hussain kepada Jemaah Menteri mendapati kerugian itu berpunca daripada pelaburan yang tidak mengikut peraturan selain kelemahan dalam tadbir urus.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, pihaknya bukan mahu menuduh mana-mana individu sebelum proses siasatan selesai, namun semua pihak yang didapati melanggar undang-undang perlu dibawa ke muka pengadilan.

“Tadi Tan Sri Rashid Hussain memberi taklimat kepada Jemaah Menteri. Kerugiannya mencecah RM10 bilion. Ia berlaku kerana tidak mengikut peraturan, pelaburan yang salah dan pelbagai masalah lain dalam pengurusan.

“Pada tahun 2014, Gabenor Bank Negara telah menulis kepada TH memaklumkan terdapat pelanggaran tetapi ia tidak dipedulikan. Takkan kita hendak biarkan perkara seperti ini berterusan,” katanya.

Anwar berkata, TH merupakan institusi yang amat penting kepada umat Islam kerana mengurus simpanan rakyat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penyelewengan yang menjejaskan amanah pendeposit dan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan.

“Saya tidak mahu tuduh sesiapa. Biar PDRM, SPRM dan Bank Negara menjalankan siasatan.

“Tetapi jika ada bukti, tindakan mesti diambil mengikut undang-undang. Biar mahkamah menentukan dan yang bersalah bertanggungjawab atas perbuatan mereka,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India