Sally Rooney guna royalti sokong Palestine Action

PENULIS terkenal Ireland, Sally Rooney mengumumkan akan terus menyalurkan bayaran royalti daripada adaptasi novel terbitan BBC kepada kumpulan Palestine Action yang baru-baru ini diharamkan kerajaan Britain.

Dalam rencana disiarkan Irish Times, Rooney mengecam tindakan kerajaan United Kingdom (UK) yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai organisasi pengganas, susulan penahanan lebih 500 individu ketika demonstrasi di London yang menuntut pengharaman tersebut dibatalkan, lapor Anadolu.

“Saya juga menyokong Palestine Action. Jika ini menyebabkan saya dianggap ‘penyokong keganasan’ menurut undang-undang UK, maka terpulanglah,” katanya.

BBC sebelum ini menghasilkan dua adaptasi daripada karya Rooney iaitu Normal People (2020) dan Conversations with Friends (2022) yang mencatat kejayaan antarabangsa. Beliau berkata, bayaran residual daripada siaran adaptasi berkenaan akan terus disalurkan bagi menyokong kempen kumpulan itu.

“Buku saya masih diterbitkan di Britain dan dijual secara meluas di kedai buku serta pasar raya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penyiar nasional UK turut menayangkan dua adaptasi novel saya, sekali gus membuatkan saya menerima bayaran royalti secara tetap. Saya ingin jelaskan bahawa hasil ini akan saya gunakan untuk menyokong Palestine Action serta segala bentuk tindakan menentang genosid,” katanya.

Sementara itu, BBC dalam satu kenyataan menegaskan Rooney tidak pernah menjadi kakitangan mereka dan penggunaan hasil pembayaran royalti adalah urusan peribadi penulis berkenaan.

Kerajaan UK pada Jun lalu mengumumkan rancangan mengharamkan Palestine Action di bawah Akta Keganasan 2000 selepas kumpulan itu didakwa menyembur cat pada pesawat tentera di sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF). Tindakan itu kini disiasat oleh polis antikeganasan.

Related Posts

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Nepal beri amaran risiko akibat perubahan iklim makin meningkat

ISLAMABAD – Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah, semalam menekankan bahawa risiko semakin meningkat akibat perubahan iklim, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan susulan bencana banjir kilat dahsyat melanda negara Himalaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak