Tubuh pasukan khas pantau berita palsu, fitnah berkait kematian Zara Qairina

PUTRAJAYA – Wujud keperluan buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan segera sebuah pasukan khas yang bertindak memantau serta mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, ini bagi membendung penularan berita palsu mengenai kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham  Zara Qairina Mahathir.

Menurutnya, penubuhan pasukan itu disifatkan penting supaya fokus utama tidak teralih daripada isu sebenar, iaitu mencari dan membawa suspek pembuli ke muka pengadilan.

“PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memberi perhatian serius dalam membanteras penularan berita palsu berhubung kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

“Ini kerana ia boleh menjejaskan siasatan serta menambah derita kepada keluarga mangsa,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berpandangan, berita palsu yang tular bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah berpotensi mengganggu usaha pihak berkuasa mengesan bukti penting dalam kes tersebut.

“Sebelum ini juga tular dakwaan kononnya adik Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh. Akhirnya terbukti ia hanyalah cerita palsu semata-mata.

“Tetapi kesannya telah menimbulkan kekeliruan serta menyukarkan pihak berkuasa menumpukan perhatian kepada siasatan sebenar,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggesa Kerajaan Negeri Sabah agar terus memberikan sokongan penuh kepada usaha rakyat negeri itu menzahirkan solidariti melalui himpunan Justice For Zara.

Beliau berpendapat, antara bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga mangsa adalah dengan menyediakan sokongan kaunseling serta pakar psikososial, selain mewujudkan talian khas bantuan emosi untuk orang awam yang turut terkesan dengan kes terbabit.

“Dalam masa sama, kerajaan negeri perlu menjadi jambatan komunikasi antara rakyat dan pihak berkuasa melalui penyaluran maklumat rasmi secara berkala.

“Dengan pendekatan menyeluruh yang melibatkan kerajaan negeri, polis, MCMC serta kerjasama rakyat, keadilan untuk Allahyarhamah Zara dapat ditegakkan,” katanya.

Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak