Solidariti Justice for Zara bukan ruang berpolitik – Hamid

KOTA KINABALU –  Perhimpunan Solidariti Justice for Zara tidak sepatutnya dijadikan sebagai medan untuk menyampaikan ucapan berunsur politik, kata Peguam kepada keluarga Allayarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail.

Beliau berkata, solidariti ini adalah untuk Allayarhamah Zara dan bukan untuk mana-mana parti politik.

“Penganjur tolonglah tolak orang-orang yang ingin memberi ucapan-ucapan yang berunsur politik. Tidak bagus.

“Jika ada yang ingin berpolitik, janganlah benarkan hadir kerana kita bersolidariti untuk Zara,” katanya dalam sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Jelas Hamid, pasukannya sangat menyokong usaha orang ramai yang melakukan solidariti mengikut undang-undang.

“Kami sentiasa menyokong mereka yang bersoladiriti, tetapi patuhi undang-undang, patuhi peraturan yang ditetapkan dan jaga kebersihan tempat bersolidariti.

“Gelombang tsunami ‘Justice for Zara’ ini ia tidak akan berlaku jika tidak kerana kecuaian diperingkat awal siasatan iaitu ‘post mortem’ tidak dilakukan,” ujarnya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar