Kes Zara Qairina: Ibu gembira PMX jamin tiada siapa terlepas

KOTA KINABALU – Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, meluahkan rasa lega dan gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang berhubung kes kematian anaknya.

Peguam, Hamid Ismail berkata, ibu Zara memohon kepada semua saksi agar tidak takut untuk tampil menyalurkan maklumat.

“Saya bercakap dengan ibu Zara semalam (Ahad), dia gembira apabila Perdana Menteri memberi jaminan berkenaan kes Zara dan dia memohon kepada semua saksi yang ada terutamanya pelajar agar tidak takut.

“Tampilkan diri, kalau takut kepada polis jumpa kami,” katanya dalam sidang media selepas Sebutan kes inkues kematian Zara Qairina di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan para pempengaruh di media sosial khususnya TikTok agar tidak menakut-nakutkan saksi kerana pihaknya kini menuntut keadilan.

“Saya ada berjumpa seseorang individu yang dia takut sebab ada TikTokers yang mengugut-ugut kononnya membuat cerita palsulah.

“Dalam kita memohon keadilan jangan kita memfitnah dan mengugut orang. Jadi jangan takut, jumpa saya ataupun polis,” tegasnya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah

Jualan Rahmah beri peluang penduduk luar bandar beli barang keperluan lebih murah