Warga emas bakar pusat jagaan akibat dilarang keluar dengan teman wanita

PADANG BESAR – Seorang lelaki warga emas bertindak nekad membakar pusat jagaan yang menempatkannya selepas dilarang keluar bersama teman wanita di Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, kejadian kira-kira pukul 8.31 pagi itu mengakibatkan kira-kira 50 peratus ruang dewan utama pusat berkenaan musnah.

“Suspek berusia 81 tahun dipercayai memulakan kebakaran dari kawasan almari di dapur sebelum menuju ke dewan utama dan membakar sebahagian ruang tersebut.

“Ketika kejadian, pusat jagaan itu menempatkan seramai 20 penghuni,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shokri, hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap penjaga pusat jagaan yang tidak membenarkannya ke Kangar untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran bersama teman wanitanya yang juga penghuni pusat itu.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dipanggil bagi membantu siasatan dan mengumpul sampel berkaitan,” ujarnya.

Jumlah kerugian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Difahamkan suspek kemudiannya diberi jaminan polis.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta mengingatkan masyarakat supaya mengawal emosi dan menggunakan saluran betul bagi menyelesaikan perselisihan.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu