Topografi mirip Sarawak, lada Sabah berpotensi jadi produk premium

TAWAU – Tanaman lada bukan sahaja sebagai bahan masakan tetapi turut berpotensi menjadi produk bernilai tinggi di Sabah sekiranya dimanfaatkan berikutan kesesuaian bentuk muka bumi dan topografi tanah negeri ini yang hampir sama dengan Sarawak.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, selain faktor tanah yang sesuai, Sabah turut memiliki infrastruktur, kemudahan logistik dan pelabuhan yang membolehkan aktiviti dagangan lada dijalankan dengan lebih meluas.

“Kita juga merupakan hab pelancongan di Tawau kerana memiliki lapangan terbang yang ramai pelancong China akan singgah ke Tawau sebelum ke Semporna. 

“Jika kita ada produk sendiri, kita ada platform sesuai memasarkan segala produk pertanian yang ada diusahakan di sini (Tawau),” katanya kepada media selepas merasmikan Program Promosi dan Galakan Tanaman Lada di Dewan Masyarakat Tawau, pada Selasa. 

Chan yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, lada bukan sahaja digunakan sebagai sumber makanan tetapi turut membuka peluang kepada peniaga menghasilkan produk kreativiti berasaskan lada seperti minyak wangi dan krim urut. 

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan  masyarakat setempat untuk menanam lada secara integrasi bersama kelapa sawit seperti diamalkan di Sarawak bagi memperoleh dua sumber pendapatan.

“Pastikan ada dua jenis tanaman supaya dapat pendapatan bulanan dari sawit dan juga pendapatan bonus tahunan dari penanaman lada,” katanya. 

Mengenai eksport lada, Chan berkata, setakat ini potensi eksport amat besar kerana aroma dan kualiti lada yang berbeza dengan negara lain. 

“Saya pernah mengikuti lawatan ke China bersama Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia, Vincent Sawat dan melawat syarikat pengeluar mi segera terkenal.

“Mereka pernah menggunakan lada dari negara lain, tetapi rasa dan aromanya berbeza jadi akhirnya mereka terikat dengan lada Sarawak kerana kualitinya.

“Ini bermaksud lada kita di Malaysia mempunyai nilai tinggi apabila negeri atau negara lain sukar untuk tandingi. 

“Kalau bersaing dari segi harga mungkin kita bukan yang paling murah tetapi dari segi kualiti, kita yang terbaik,” tambahnya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion