STR Fasa 3: Hadiah bermakna Ogos

OGOS bukan sekadar bulan kemerdekaan, malah tahun ini ia menjadi bulan penuh rezeki buat rakyat apabila pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mula dikreditkan secara berperingkat mulai Selasa.

Ianya membabitkan peruntukan RM2 bilion untuk 8.6 juta penerima di seluruh negara.

Pemberian kali ini bukan sahaja menyuntik aliran ekonomi setempat, malah membawa simbolik istimewa apabila ia bertepatan dengan sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Malaysia, cuti sekolah, dan bulan kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di salah sebuah sekolah di Kuala Kangsar, Mohamad Hafiz Mohd Idris, bantuan kali ini benar-benar hadir pada waktu yang tepat.

“Selain kemasukan STR, bulan ini juga rakyat menerima RM100 tambahan.

“Ogos ibarat bulan hadiah untuk rakyat. Sebagai rakyat Malaysia, kita tetap bersyukur atas nikmat ini,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP).

Sementara itu, Nurul Syafiqah Hashim, seorang guru KAFA, menyifatkan STR sebagai rezeki untuk keluarganya.

“Terima kasih Kerajaan MADANI dan PMX yang prihatin. Bantuan ini amat membantu untuk menampung perbelanjaan harian keluarga,” katanya.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah sehingga RM650, bergantung kepada kelayakan isi rumah, warga emas, dan bujang.

Jumlah penerima kali ini meningkat sebanyak 300,000 orang berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 Januari lalu.

Ia hasil langkah Kerajaan MADANI membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.

Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun itu dilaksanakan membuktikan kerajaan komited memikul amanah untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok