Taktik treler, pikap Thailand seludup diesel guna tangki leper gagal

BUKIT KAYU HITAM – Taktik licik enam warga Thailand menyeludup diesel menggunakan tangki leper yang dipasang pada kenderaan jenis pikap dan treler berjaya digagalkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di sini hari ini.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, kejayaan itu susulan hasil operasi bersepadu beberapa agensi di laluan keluar kenderaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Katanya, agensi terlibat adalah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Semasa pemeriksaan dijalankan, kita mengesan tiga lori semi treler dengan platform terbuka serta tiga pikap dari Thailand yang mana kesemuanya disyaki telah diubah suai bagi tujuan penyeludupan diesel secara haram ke negara jiran.

“Kesemua lori treler tersebut ditahan di laluan keluar kenderaan berat setelah melepasi pemeriksaan kastam menghala Thailand, manakala pikap ditahan di laluan keluar Malaysia setelah melepasi pemeriksaan imigresen,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks ICQS di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan rapi yang dilakukan ke atas semua kenderaan tersebut mendapati ia telah diubah suai dengan penemuan tangki tambahan berbentuk leper pada bahagian belakang kenderaan.

“Bagi pikap, tangki tambahan disembunyikan di bawah pelapik di ruang kargo, manakala treler pula tangki tambahan disembunyikan di bawah platform terbuka.

“Hasil pemeriksaan di bawah Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, keseluruhan diesel yang disembunyikan di dalam tangki tambahan pada enam kenderaan itu adalah sebanyak 10,200 liter yang dianggarkan bernilai RM30,600,” ujarnya.

Jelasnya, pihaknya percaya modus operandi sindiket bagi kenderaan berat adalah menghantar barangan ke Malaysia dan cuba menyeludup diesel ke negara jiran ketika mahu berpatah balik ke sana.

“Kita syak mereka mengambil peluang melakukan kegiatan ini pada sebelah pagi ketika banyak kenderaan menghala ke Thailand. Sindiket dipercayai mendapatkan diesel dari stesen atau gudang minyak tertentu.

“Sindiket juga dipercayai mengumpul diesel di negara jiran sebelum dijual ke negara lain seperti Myanmar untuk harga lebih tinggi,” katanya.

Tambahnya, semua kenderaan terlibat disita dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 64(1) APJ untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan