Rakyat Sabah diseru contohi semangat patriotisme Indonesia, Thailand

TAWAU – Rakyat Sabah diseru mencontohi semangat patriotisme yang ditunjukkan rakyat Indonesia dan Thailand apabila masyarakatnya sering secara sukarela mengibarkan bendera negara mereka setiap kali menjelang Hari Kemerdekaan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, tindakan rakyat kedua-dua negara itu mencerminkan masyarakatnya yang cintakan negara.

“Inilah yang harus dijadikan contoh supaya rakyat di negara ini khususnya Sabah mempunyai sikap patriotik tanpa perlu mempersoalkan.

“Kalau anak Malaysia, kita perlu menegenepikan semua perkara remeh dan pastikan bahawa kita mencintai serta sayang negara dengan menaikkan bendera negara,” katanya selepas perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Sabah peringkat Tawau, di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini, pada Selasa.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas menyeru agar setiap rumah mengibarkan Jalur Gemilang selaras inisiatif Kementerian Komunikasi sebagai simbol perpaduan dan sokongan pada negara.

“Janganlah kita berkira-kira untuk mengeluarkan sedikit kos bagi menaikkan bendera kebanggaan kita kerana tanpa kita sedari, telah banyak yang Malaysia lakukan untuk kita tanpa mengira siapa pun kita.

“Kibarlah Jalur Gemilang mengikut tatacara yang betul dan bendera yang lusuh harus diganti dengan yang baharu,” ujarnya.

Related Posts

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude