Askar Thailand cedera terpijak periuk api ‘ditanam’ Kemboja

BANGKOK – Letupan periuk api di sempadan Thailand mencederakan seorang askar hari ini, kata tentera yang menuduh Kemboja meletakkan bahan letupan baharu dan melanggar gencatan senjata antara dua negara jiran itu.

Pertempuran lima hari meletus bulan lalu ketika tentera darat, artileri dan jet melancarkan ‘serangan rentas sempadan’ mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang dan menyaksikan lebih 300,000 penduduk melarikan diri.

Dua negara Asia Tenggara itu mempunyai pertikaian mengenai bahagian sempadan sejak lebih satu abad.

Namun, pertempuran Julai lalu dicetuskan selepas dakwaan Thailand bahawa Kemboja menanam periuk api yang mencederakan tenteranya.

Tentera Diraja Thai berkata, satu lagi periuk api meletup sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan), mengenai kaki seorang askar ketika melakukan rondaan berhampiran kuil Prasat Ta Muen Thom yang menjadi pertikaian di wilayah Surin.

“Kemboja terus menanam periuk api secara rahsia sebagai ancaman berterusan,” kata jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree.

“Insiden berulang ini menunjukkan niat buruk pihak Kemboja yang bertentangan dengan perjanjian gencatan senjata.

“Tentera Thai mungkin perlu menggunakan hak kami untuk mempertahankan diri,” tambahnya.

Sebuah badan kerajaan, Pihak Berkuasa Tindakan Periuk Api dan Bantuan Mangsa Kemboja sebelum ini menafikan sebarang periuk api baharu diletakkan.

Letupan itu berlaku selepas letupan periuk api Sabtu lalu di wilayah Sisaket yang menurut tentera Thai, mencederakan tiga askarnya.

Thailand dan Kemboja bertukar-tukar tuduhan mengenai pelanggaran gencatan senjata sejak perjanjian damai berkuat kuasa 29 Julai lalu.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik