PWOAM pemangkin suara wanita ke peringkat global – Jannie

KOTA KINABALU – Pelancaran Pertubuhan Wanita Orang Asal Malaysia (PWOAM) menjadi titik penting dalam usaha memastikan wanita Orang Asal memiliki suara yang kuat di peringkat tempatan sehingga global, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang.

Beliau berkata, PWOAM yang berdaftar secara rasmi pada Januari 2024 memperkasa wanita Orang Asal selain menjadi permulaan sebuah gerakan perubahan.

“Penubuhan ini sebagai langkah mengangkat suara wanita Orang Asal yang sekian lama dipinggirkan dengan memberi mereka ruang, kuasa dan penghormatan untuk tampil sebagai pemimpin, pembela serta pencetus perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Sabtu selepas menghadiri Perayaan Hari Orang Asal Sedunia (PHOAS) 2025 di Tadom Hill Resort, Selangor yang dirasmikan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Dalam pada itu, Jannie menyeru agar kerajaan menggubal dasar yang lebih inklusif dan menyediakan peruntukan yang adil, NGK sebagai rakan strategik serta komuniti menyokong dan membimbing generasi muda agar tidak melupakan akar budaya dan identiti mereka.

Katanya, hanya melalui tindakan kolektif suara wanita Orang Asal dapat benar-benar diangkat dan diperkasakan.

Mengenai PHOAS, Jannie berkata, ia bukan sahaja menjadi medan meraikan identiti dan warisan tetapi juga platform memperbaharui komitmen terhadap hak Orang Asal, pemerkasaan wanita dan pembangunan komuniti yang mampan.

Sambutan ini menghimpunkan pemimpin masyarakat, wakil kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti dari seluruh negara.

Antara pengisian program termasuk persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan tradisional, pameran, serta penyerahan memorandum berkaitan hak tanah, wilayah dan sumber Orang Asal kepada pihak berkuasa.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan