KKM fokus penempatan jururawat PSL

KANGAR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan untuk menyelesaikan penempatan lebih 1,800 jururawat masyarakat lulusan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dalam masa terdekat, sekali gus menepis isu pengambilan jururawat dari Indonesia.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini KKM tidak pernah menerima sebarang permohonan rasmi atau menjalankan perbincangan berhubung cadangan pengambilan jururawat asing seperti yang dilaporkan.

“Tiada sebarang permohonan rasmi diterima oleh KKM berkaitan cadangan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Johor Bahru yang mencadangkan kerjasama strategik bagi membolehkan jururawat dari negara itu berkhidmat di hospital Malaysia.

Menurut Dzulkefly, fokus utama KKM kini adalah memastikan jururawat lulusan PSL yang sedang menunggu penempatan dapat ditempatkan segera bagi mengisi kekosongan di hospital dan klinik kesihatan.

“Kita akan mempertimbangkan agar mereka tidak keluar dari lokaliti asal dan sebaik mungkin penempatan dibuat mengikut kawasan sedia ada. Anggaran seramai lebih 1,800 jururawat PSL sedang melalui proses ini dan akan selesai secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau berkata, pelantikan tersebut bukan sahaja akan menampung kekosongan sedia ada, malah dapat mengurangkan beban tugas jururawat di lapangan.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat sebelum ini menegaskan jururawat tempatan lebih memahami budaya, agama dan sensitiviti sosial masyarakat.

CUEPACS turut menggesa KKM mempercepat proses pelantikan jururawat tempatan, menambah pengambilan pelatih, memperluas peluang PSL serta meningkatkan insentif dan kemudahan jururawat.

Related Posts

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan sorok kes buli demi jaga imej sekolah – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak pentadbiran sekolah supaya tidak menyembunyikan kes buli semata-mata bagi menjaga imej atau prestasi institusi pendidikan. Beliau berkata, walaupun keadaan dilihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

‘Tiada siapa usir sesiapa’ – Anak Aminuddin tampil jawab isu Tok Mat

‘Tiada siapa usir sesiapa’ – Anak Aminuddin tampil jawab isu Tok Mat