Program DwiBahasa perkukuh penguasaan STEM pelajar Sarawak

KABONG – Pelaksanaan Program DwiBahasa (DLP) di Sarawak disifatkan sebagai langkah strategik dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam sains dan matematik, selain memperkukuh kemahiran berfikir secara kritis serta berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, Ujian Penilaian Program Dwi Bahasa (UPDLP) akan menjadi penanda aras keberkesanan program itu di sekolah terlibat, sekali gus menyokong aspirasi negeri memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah turut memperkasakan guru dengan strategi pengajaran berkesan. Murid juga akan diberi pendedahan teknik menjawab soalan UPDLP yang dijadualkan pada Oktober ini.

“Kita berharap ia dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar untuk menguasai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sekali gus mengukuhkan penguasaan STEM dalam kalangan generasi muda Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Webinar Pendidikan Sarawak 2025 di Sekolah Kebangsaan Abang Leman, Kabong, pada Sabtu.

Program DLP ini turut mendapat sokongan padu Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak (PAGS), Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) serta Majlis Guru Cemerlang Sarawak (MGSar) melalui pelaksanaan webinar mingguan di platform digital seperti YouTube dan Facebook.

Menurutnya, inisiatif itu memberi peluang pelajar di seluruh negeri mengikuti ceramah, bengkel dan sesi interaktif tanpa kekangan lokasi, selaras dengan matlamat menjadikan penguasaan bahasa Inggeris sebagai kelebihan dalam pembelajaran STEM.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong, Dato Mohd Chee Kadir; Presiden PAGS, Mutalib Kasim; Setiausaha Politik Premier Sarawak, Sayed Amzee Wan Junaidi; wakil Setiausaha Tetap MEITD, Nur Zara Arissa Michael; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Saratok (Sektor Perancangan), Aziz Morshidi; Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee; Guru Besar SK Abang Leman Kabong, Majenin Jahar serta jemputan lain.

FOTO: Facebook Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar