Pelajar Orang Asli Pahang masuk IPTA dapat komputer riba percuma

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian komputer riba percuma kepada pelajar Orang Asli yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu bertujuan memastikan pelajar berkenaan tidak ketinggalan dari segi kemudahan pembelajaran.

“Jika sebelum ini mereka perlu memohon, kini semua pelajar Orang Asli yang berjaya masuk IPTA akan menerima laptop tanpa sebarang permohonan.

“Kita akan rujuk senarai kemasukan dan agihkan secara terus,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Orang Asli Sedunia peringkat negeri di Rancangan Penempatan Semula Bukit Serok, dekat Muadzam Shah, hari ini.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.25 juta menerusi Program Pemberian Komputer Riba dan sehingga Julai lalu seramai 360 pelajar Orang Asli di Pahang mendapat manfaat

Related Posts

Jawatan DKU lantikan Yang di-Pertuan Besar, persidangan perlu dapat perkenan Tuanku

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN – Jawatan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) merupakan jawatan lantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut kenderaan dipandu terbabas ke bahu jalan

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sendiri ke bahu jalan di hadapan Kompleks Sukan Lahad Datu, di sini, pagi Rabu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga bahan api turun minggu ini, RON97 susut 30 sen seliter

Harga bahan api turun minggu ini, RON97 susut 30 sen seliter

Hojlund rasmi sertai Napoli

Hojlund rasmi sertai Napoli

Jawatan DKU lantikan Yang di-Pertuan Besar, persidangan perlu dapat perkenan Tuanku

Jawatan DKU lantikan Yang di-Pertuan Besar, persidangan perlu dapat perkenan Tuanku

Lelaki maut kenderaan dipandu terbabas ke bahu jalan

Lelaki maut kenderaan dipandu terbabas ke bahu jalan

Dua kes babitkan Azam Baki kini tunggu nasihat Pejabat Peguam Negara

Dua kes babitkan Azam Baki kini tunggu nasihat Pejabat Peguam Negara

Bekalan gas negara masih stabil, tiada gangguan kepada industri

Bekalan gas negara masih stabil, tiada gangguan kepada industri