PM mahu kerjasama PH-BN-GRS diteruskan – Fuziah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata, PM ingin melihat semangat kerjasama itu diteruskan pada PRN Sabah nanti.

“Saya pegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh PM, di mana beliau ingin melihat kerjasama ini diteruskan pada PRN ini,” katanya ketika ditemui media, di sini, pada Sabtu.

Mengenai penyertaan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke PKR, Fuziah berkata, sesiapa sahaja boleh memohon menyertai parti itu.

“Bagi PKR, sesiapa sahaja bebas untuk memohon dan tidak ada kelebihan khas untuk seseorang, kami tidak memprosesnya kerana dia Tengku Zafrul.

“Majlis Pimpinan Pusat (MPP) meluluskan lebih 1,000 permohonan dalam mesyuarat yang lepas,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengesahkan permohonannya menyertai PKR dan kini beliau merupakan ahli PKR Cabang Ampang sekali gus meninggalkan UMNO.

Related Posts

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman