Anwar harap Wan Ahmad Farid galas amanah penuh hikmah

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Ketua Hakim Negara baharu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mampu menggalas amanah besar yang dipertanggungjawabkan dengan penuh hikmah dan bijaksana demi Malaysia yang lebih adil serta maju.

Perdana Menteri, yang menerima kunjungan hormat Wan Ahmad Farid di pejabatnya semalam, berkata, dalam pertemuan itu, perbincangan mereka menyentuh mengenai kepentingan memperkukuh institusi kehakiman yang bebas dan berintegriti.

Perbincangan turut menjurus kepada usaha memperkukuh institusi itu agar diyakini rakyat sebagai tiang seri kepada negara hukum yang adil dan saksama, kata Anwar yang turut mengucapkan tahniah kepada Wan Ahmad Farid dalam hantaran di Facebook.

Wan Ahmad Farid, 62, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas.

Menerusi ucapan pertama sebagai Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid berikrar melindungi dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman.

Beliau turut berikar untuk memberikan sepenuh komitmen ke arah penambahbaikan institusi itu dan mempertahankan kebebasannya.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR