Kes Zara Qairina: DAPSY Sabah gesa siasatan menyeluruh, sokong inkues kes

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik Sosialis Muda (DAPSY) Sabah menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian tragis Zara Qairina Mahathir.

Setiausahanya, NC Oneal Veneddey Vencent berkata, proses siasatan perlu menegakkan  prinsip keadilan, ketelusan dan kebebasan sepenuhnya agar kebenaran dapat didedahkan kepada keluarga mangsa tanpa sebarang kelewatan.

“Sekiranya siasatan mendedahkan penglibatan mana-mana individu atau wujudnya unsur kecuaian, pihak berkuasa mesti bertindak mengikut lunas undang-undang serta memastikan integriti siasatan tidak tergugat oleh tekanan politik atau awam,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Katanya, beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap permintaan keluarga Allahyarham untuk menggali semula kubur Zara dan mengadakan inkues bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

“Saya menyokong sepenuhnya permintaan keluarga untuk menggali semula kubur dan mengadakan inkues, dan menggesa pihak penguat kuasa serta kerajaan untuk melindungi hak keluarga dalam usaha mereka mencari kebenaran,” katanya.

Jelas beliau, memandangkan tragedi ini berlaku dalam kawasan asrama sekolah, ia jelas menyerlahkan kelemahan serius sistem sekolah dalam menjamin keselamatan pelajar, sokongan kesihatan mental dan langkah pencegahan buli.

Justeru itu, beliau meminta Kementerian Pendidikan agar melaksanakan reformasi segera demi memastikan keselamatan di kampus serta mewujudkan persekitaran setiap pelajar boleh belajar dengan gembira dan tanpa rasa takut.

Antara reformasi dicadangkan ialah dengan menubuhkan mekanisme yang lebih ketat bagi mencegah kejadian buli dan gangguan seksual di sekolah.

“Menyediakan saluran aduan yang selamat, sulit dan bebas untuk membolehkan pelajar membuat laporan serta memberi kuasa kepada mangsa untuk bersuara.

“Memperkukuh keupayaan guru dan kakitangan untuk mengenal pasti dan campur tangan dalam kes-kes yang melibatkan isu kesihatan mental pelajar serta tanda-tanda awal krisis.

“Mengiktiraf kesan psikologi buli siber terhadap golongan muda dan mengintegrasikan usaha pencegahan serta kaunseling dalam sistem persekolahan,” ujarnya.

Katanya lagi, DAPSY Sabah akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan bersama orang ramai dalam memperjuangkan keadilan buat Zara serta mendorong ke arah persekitaran sekolah yang lebih selamat.

Related Posts

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah pengganti kepada siasatan jenayah dan pembuktian di mahkamah, namun memberikan asas kukuh untuk penyiasatan menyeluruh, bebas dan profesional. Presiden Pertubuhan Asas Bina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

LAPORAN Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dianggap sebagai noktah, sebaliknya sebarang persoalan yang masih belum terjawab perlu disusuli siasatan lanjut. Penganalisis ekonomi, Prof Profesor Emeritus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot