Agong, Putin bertemu sempena Lawatan Negara

MOSCOW – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin, pada majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di sini, semalam.

Sultan Ibrahim tiba di Kremlin kira-kira 3 petang sebelum berangkat ke St George’s Hall, dewan besar dihiasi tiang marmar putih dengan salutan emas, lapor Bernama.

Seri Paduka Baginda disambut Putin secara rasmi di dewan tersebut disusuli kedua-dua pemimpin bergerak ke Green Room bagi menghadiri mesyuarat rasmi.

Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengiring; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamad Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai.

Bersama Putin pegawai-pegawai kanan Russia termasuk Pembantu Presiden Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Yury Ushakov; Menteri Pembangunan Ekonomi, Maxim Reshetnikov; Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi, Valery Falkov; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar, Alexander Pankin dan Timbalan Menteri Pertahanan, Alexander Fomin.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan