Bekas pegawai polis didenda RM20,000 lepas mengaku salah terima rasuah

KUANTAN – Bekas Ketua Balai Polis Cherating didenda RM20,000 selepas menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Dia menukar pengakuan itu terhadap 40 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,850 antara Januari 2021 dan September 2022 lalu.

Hakim Sazlina Safie menetapkan tertuduh Anuar Yaakob didenda RM500 bagi terhadap setiap pertuduhan dan jika gagal boleh dipenjara 40 bulan, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan, anggota polis berusia 56 tahun itu menerima antara RM150 dan RM1,000 daripada beberapa individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Semua suapan diterima melalui pindahan wang secara dalam talian ke akaun bank miliknya.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Kuantan ketika Anuar bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dengan pangkat Sarjan dan Ketua Balai Polis Cherating sebagai Sarjan Mejar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165, Kanun Keseksaan dan proses pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ezuain Farhana Ahmad.

Tertuduh diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.

Tertuduh dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuantan pada 24 Ogos 2023 dengan 98 pertuduhan menerima rasuah membabitkan nilai keseluruhannya RM31,400.

Susulan tindakan anggota polis terbabit menukar pengakuan bersalah itu, pihak pendakwa memohon mahkamah menggugurkan baki 58 lagi pertuduhan.

Anuar membayar denda ditetapkan.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman