Petronas biaya pengajian pelajar Sabah ke Jepun, UK, Australia, Korea Selatan

KOTA KINABALU – Petronas menawarkan program tajaan kepada lebih 100 pelajar cemerlang dari Sabah bagi melanjutkan pengajian di Jepun, United Kingdom, Australia dan Korea Selatan yang bernilai RM28 juta.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh Petronas dalam membangunkan modal insan insan di negeri ini perlu dipuji.

Jelasnya, Kerajaan Negeri melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 terus memberikan penekanan yang serius kepada pembangunan modal insan. 

“Saya yakin dengan melabur dalam pendidikan dan pembangunan belia Sabah, Petronas turut membantu negeri ini membina asas masa depan yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan inklusif. 

“Melalui usaha ini kita  dapat melihat lebih ramai anak-anak Sabah memasuki bidang kemahiran seterusnya membantu dalam pembangunan negeri ini,” katanya.

Teks ucapan perasmiannya dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Penajaan Pendidikan Petronas 2025 di The Magellan Sutera Resort, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Datuk Ir Bacho Pilong berkata, pendidikan adalah pelaburan paling berharga yang menjadi asas kepada keyakinan dan kejayaan generasi muda negeri ini, yang kini terus melangkah ke hadapan dan meraih pengiktirafan atas usaha mereka.

“Saya percaya bahawa pendidikan adalah pelaburan paling berharga dan membentuk pemikiran, membina jati diri, seterusnya membuka jalan ke arah pembangunan negeri yang lebih makmur.

“Petronas beriltizam untuk terus menyokong aspirasi Sabah ke arah membina masa depan yang inklusif dan mampan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya kini giat melaksanakan pelbagai inisiatif pendidikan dan latihan kemahiran sedang giat dilaksana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti dan membina tenaga kerja tempatan berdaya saing.

Katanya, Petronas akan terus berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Sabah dan rakan-rakan strategik lain dalam memacu pembangunan modal insan demi masa depan negeri yang lebih makmur, inklusif dan mampan.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan