Hapus PTPTN, tawar biasiswa penuh gimik politik – Nizam

TAWAU – Kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal kononnya berjanji melupuskan pinjaman pendidikan termasuk PTPTN dan Yayasan Sabah sebaliknya memberikan biasiswa penuh kepada anak-anak Sabah hanya episod janji politik menjelang pilihan raya. 

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, semasa diberi mandat pada 2018 hingga 2020 sebagai Ketua Menteri Sabah, tiada sebarang dasar konkrit dibuat Shafie dalam pendidikan yang memberi manfaat pada rakyat Sabah. 

“Dalam tempoh itu juga tiada satu pun dasar pelupusan hutang pendidikan diperjuangkan atau dilaksanakan oleh pentadbirannya walaupun beliau mempunyai kuasa penuh sebagai Ketua Menteri ketika itu.

“Ironinya, hari ini selepas kehilangan kuasa dan berada dalam kedudukan pembangkang, beliau tampil membuat janji bulan dan bintang, seolah-olah rakyat mudah terlupa rekod sebenar pentadbiran beliau.

“Rakyat Sabah tahu membezakan antara janji pilihan raya dan pencapaian sebenar,’ tegasnya dalam satu kenyataan media, pada Isnin. 

Sehubungan itu, Nizam menyeru agar golongan muda tidak termakan janji politik yang tidak berasas dan hanya muncul ketika menjelang pilihan raya kerana masa depan pendidikan anak-anak Sabah memerlukan perancangan yang mampan, bukan populisme sesaat.

Jelas Nizam yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor telah membuktikan komitmen terhadap pendidikan rakyat secara nyata. 

Katanya, ini termasuk menyedia beberapa inisiatif khas yang dilakukan dengan pendekatan bertanggungjawab dari sudut kewangan negeri tanpa menjual harapan palsu atau memanipulasi isu hutang anak muda semata-mata untuk memancing undi.

Antaranya adalah dana pendaftaran IPT kepada pelajar Sabah dari kelaurga berpendapatan rendah, Program Dermasiswa Sabah Maju Jaya, pembangunan dan pembaikan sekolah daif di Sabah selain penambahan peruntukan kepada Yayasan Sabah serta program lain yang menyasarkan peningkatan akses pendidikan golongan B40.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menghormati hak UMNO yang tidak menjemput wakil Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dan ia tidak perlu dipersoalkan. Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan