102 sekolah di Sabah, Sarawak disenaraikan dalam Program Sekolah Angkat MADANI

KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan memperkukuh sistem pendidikan negara semakin diperkasa apabila Program Sekolah Angkat MADANI kini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak melibatkan sebanyak 102 buah sekolah setakat Julai 2025.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee di Dewan Rakyat hari ini, menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada wilayah tercicir daripada arus pembangunan pendidikan negara. Sasaran asal program yang bermula dengan 500 sekolah kini digandakan kepada 1,000 buah sekolah di seluruh Malaysia.

“Sebanyak 43 sekolah di Sarawak dan 59 sekolah di Sabah telahpun diluluskan untuk menyertai program ini. Langkah ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam merapatkan jurang pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar,” ujar beliau.

Anwar turut menegaskan pelaksanaan Sekolah Angkat MADANI memberi tumpuan kepada baik pulih infrastruktur, penambahbaikan kemudahan sekolah, pelaksanaan program akademik serta bimbingan pelajar, di samping memperkukuh pembangunan profesional guru dan sahsiah murid.

Kerajaan juga mengalu-alukan penyertaan sektor swasta untuk bersama-sama membantu memperkasakan sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak yang masih memerlukan perhatian khusus.

“Penglibatan pihak swasta amat dialu-alukan supaya impak program ini dapat diperluas dan lebih banyak sekolah memperoleh manfaat secara langsung,” jelas beliau lagi.

Langkah memperluas program ke seluruh negara bukan sahaja membuktikan kesungguhan kerajaan, malah diharapkan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediakan peluang pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar di Sabah dan Sarawak, seiring matlamat pendidikan inklusif negara.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung