PM mahu pembangkang sepakat sebelum runding peruntukan dengan kerajaan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang agar mencapai kesepakatan terlebih dahulu dalam kalangan mereka, khususnya dalam Perikatan Nasional (PN), sebelum mengadakan rundingan berhubung isu peruntukan bersama pihak kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan bersikap terbuka untuk berbincang, namun menegaskan bahawa sebarang pertemuan mestilah didahului dengan pendirian bersama dalam kalangan wakil rakyat pembangkang.

“Saya setuju kita minta Timbalan Perdana Menteri (Fadillah untuk wakili kerajaan berunding dengan Ahli Parlimen pembangkang)… (kita) terbuka untuk mendengar. Kalau (nak) mula (berunding) mesti ada kesepakatan antara Ahli Parlimen pembangkang terlebih dahulu.

“Sekarang belum sepakat. Ada seorang dan ada berkumpulan. Ada setuju runding dan ada tak setuju berunding.

“Jadi saya cadangkan YB (Yang Berhormat) Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) runding dulu dengan PN. Ambil kata sepakat dan beritahu TPM yang dapat mandat,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Shahidan Kassim (PN–Arau) yang memohon supaya kerajaan berlaku adil terhadap wakil rakyat pembangkang berkaitan isu peruntukan.

Menjawab satu lagi pertanyaan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN–Larut) berhubung kesediaan Perdana Menteri untuk berbincang secara langsung dengannya mengenai isu berkenaan, Anwar menjelaskan bahawa perkara itu telah diamanahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Saya bersedia jumpa tetapi kalau soal peruntukan, kita telah bagi mandat kepada TPM (Fadillah).

“Jadi kalau hal itu, saya serahkan kepada TPM. Nak bincang hal lain, saya tidak ada keberatan,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu