Tindakan tegas terhadap sekolah pasang Jalur Gemilang terbalik

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan tegas terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson yang terbabit dengan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik pada Jumaat lalu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sebarang tindakan akan dilakukan selepas pihaknya mendapat laporan penuh siasatan berhubung kes itu.

“Kita sedang menunggu siasatan penuh dan saya tegaskan di sini sebaik kita memperoleh laporan berkenaan, tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan.

“Berkait pemasangan bendera ini, kita sudah mengingatkan isu ini secara berulang kali dan masalah sama tidak sepatutnya berlaku.

“Saya sentiasa mengingatkan dari sudut sensitiviti, tanggungjawab dan komitmen berhubung Jalur Gemilang terutama ketika kita dalam menuju Hari Kebangsaan dan kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku.

“Kita akan mengambil tindakan tegas dalam soal kesalahan mempamer Jalur Gemilang ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester Satu Tahun 2025, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan SJKC Chung Hua Port Dickson memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di premis sekolah itu, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pentadbiran sekolah, pihaknya meluahkan rasa kesal terhadap insiden terbabit yang disifatkan sebagai kecuaian tidak disengajakan.

Related Posts

PNGK STPM 2025 catat rekod tertinggi dalam sejarah

SELAYANG – Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kebangsaan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah apabila mencapai 2.88. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel di Semenanjung akan dikurangkan sebanyak 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026. Bagaimanapun, harga petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas