PNGK STPM 2025 catat rekod tertinggi dalam sejarah

SELAYANG – Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kebangsaan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah apabila mencapai 2.88.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan berbanding PNGK 2.85 yang direkodkan pada tahun 2024.

Menurut beliau, peningkatan tersebut amat signifikan kerana prestasi calon STPM menunjukkan kemajuan sebanyak 12.06 peratus atau 0.31 mata berbanding PNGK 2.57 yang dicatatkan pada tahun 2013.

“PNGK kebangsaan tahun ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah STPM,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan STPM 2025 di pejabat Majlis Peperiksaan Malaysia pada Khamis.

Beliau berkata, seramai 1,336 calon atau 3.5 peratus daripada keseluruhan calon berjaya memperoleh PNGK sempurna 4.00, meningkat berbanding 1,266 calon pada tahun lalu.

Selain itu, seramai 60 calon memperoleh keputusan cemerlang 5A manakala 1,285 calon meraih 4A, masing-masing menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, seramai 38,144 calon menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga semester STPM 2025.

Related Posts

Fahmi mahu agensi komunikasi perkasa maklumat sahih, dekati gen Z dan Alpha

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menggesa semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya memperkukuh penyebaran maklumat sahih bagi mendekati Generasi Z dan Generasi Alpha yang semakin bergantung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi arah agensi kementerian berhemat, manfaatkan IPPTAR untuk latihan

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. Fahmi berkata, banyak program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah