98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yusof Kassim berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan 1.44 mata berbanding 82 calon tahun lalu.

Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 1,583 calon mencapai lulus penuh dalam kesemua mata pelajaran yang diambil berbanding 1,698 calon tahun 2024, peningkatan 4.68 mata.

“Daripada 35 sekolah bantuan penuh kerajaan dan dua buah Kolej Tingkatan Enam (KTE) mendaftarkan calon untuk menduduki peperiksaan STPM 2025, 32 sekolah mencapai prestasi lulus penuh 100 peratus dan lima sekolah mencapai kelulusan penuh sekurang-kurangnya 94 peratus.

“Berdasarkan keputusan itu, secara keseluruhannya peratus lulus penuh sekolah atau Pusat Tingkatan Enam (PTE) di negeri ini menurun daripada 89.47 peratus kepada 86.48 peratus,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2025 Negeri Pahang di sini pada Khamis.

Yusof berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan.(SMK) Triang, Bera mendahului senarai 10 PTE terbaik negeri Pahang bagi tahun 2025 apabila memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 3.53 diikuti, SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands (3.50 ); SMK Dong, Raub (3.49) dan SMK Jerantut (3.45 ).

Katanya, turut tersenarai, SMK Selancar, Rompin (3.41); SMK Jengka 16, Maran (3.34); SMK Purun, Bera (3.34); SMK Seri Rompin (3.33 ); SMK LKTP Chini, Pekan (3.26) dan SMK Sulaiman, Bentong (3.22).

Lebih membanggakan katanya, tiga PTE dan tiga calon yang menerima anugerah di peringkat kebangsaan dari negeri ini.

“KTE Astana, Kuantan dan KTE Seri Lipis, Lipis menerima Anugerah Khas Kebangsaan STPM 2025 Kategori KTE Terbaik Kebangsaan manakala SMK Jerantut menerima Anugerah Khas Kebangsaan STPM 2025 Kategori PTE (Mod 2 dan Mod 3) Terbaik Kebangsaan.

“Anugerah Khas Kebangsaan STPM 2025 bagi Kategori Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM Aliran Sains Sosial diterima Amelie Gan Yee Wen dari KTE Astana, Kuantan apabila memperoleh 5A dengan skor PNGK 4.00,” katanya.

Beliau berkata, Anugerah Khas Kebangsaan STPM 2025 bagi Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM Kategori Orang Asli disandang Hazaril Hakimi Hassan dari SMK Temerloh dengan skor PNGK 4.00 (4A).

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi