Jangan terpedaya MyKad boleh keluarkan wang bantuan SARA

PUTRAJAYA – Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dan tidak ‘termakan’ dengan dakwaan pihak tertentu kononnya boleh mengeluarkan duit bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 dari MyKad.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam hantaran di Facebook berkata, ini kerana MyKad hanya digunakan sebagai medium pengesahan maklumat bagi mengesahkan pemilik kad itu penerima bantuan SARA atau tidak.

“Ia berfungsi untuk verifikasi sahaja, bukan untuk menyimpan atau memindahkan wang.

“Jangan sesekali percaya jika ada pihak mendakwa mereka boleh keluarkan duit daripada MyKad anda,” kata kenyataan itu.

JPN memaklumkan, masih ramai keliru peranan MyKad dalam pelaksanaan bantuan SARA RM100.

Jelasnya, duit bantuan tidak dimasukkan ke dalam MyKad dan fungsi Touch n Go juga tidak digunakan dalam kad terbabit.

“Sentiasa semak maklumat dari sumber rasmi seperti laman web Kementerian Kewangan (MOF) atau agensi berkaitan. Lindungi diri, lindungi maklumat anda.

“Sekiranya MyKad anda rosak, hilang atau tidak dapat digunakan, penggantian boleh dibuat melalui saluran kaunter JPN, MyPhone-In (03-8880 7077), JPN e-Services atau melalui perkhidmatan bas dan van bergerak JPN,” tambahnya.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 kotak air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 kotak air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional