Jiwa merdeka bukan sekadar bebas penjajahan, tetapi bebas anasir asing

KUCHING – Kompleks Sukan Satok, yang terletak di kawasan kampung tradisi bersejarah sekitar bandar raya ini pada Sabtu mencatat satu lagi detik penting apabila menjadi lokasi pelancaran rasmi Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2025 serta Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak 2025.

Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol, yang mewakili Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025.

Menurut Abdullah, pemilihan kawasan Satok sebagai lokasi sambutan adalah simbolik kerana kampung-kampung di sekitarnya menyimpan nilai sejarah tersendiri, khususnya berkaitan dengan peristiwa 22 Julai 1963, tarikh bersejarah penyerahan kuasa pentadbiran kepada rakyat Sarawak.

“Jika kita berada di luar negara dan melihat pergolakan yang berlaku, kita akan sedar betapa bertuahnya kita menikmati keamanan dan keharmonian seperti hari ini yang merupakan hasil perjuangan serta pengorbanan para perajurit kita,” katanya dalam ucapan pelancaran Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2025 pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abdullah menjelaskan bahawa semangat MADANI yang diangkat sebagai tema sambutan tahun ini perlu diterjemahkan sebagai satu usaha membina masyarakat berdaya saing dan berfikiran maju, dengan menekankan nilai kebajikan dan kesejahteraan negara.

“Jiwa merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajah, tetapi juga bebas daripada pengaruh budaya asing yang tidak sesuai dengan norma dan adat kita,” tegas beliau.

Beliau turut mengingatkan orang ramai tentang ancaman baharu dalam era teknologi, khususnya penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi menimbulkan kekeliruan serta mewujudkan ‘perang persepsi’ dalam kalangan masyarakat.

“Kita perlu lebih bijak menilai maklumat yang diterima. Mana yang membawa sentimen kebencian wajib kita tolak,” tambah beliau.

Majlis tersebut turut diserikan dengan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025, yang akan menjelajah seluruh Sarawak hingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Pelbagai acara sampingan turut dianjurkan termasuk PENTARAMA, Jualan Rahmah, pameran oleh agensi kerajaan, dan reruai jualan komuniti MADANI.

Orang ramai juga digalakkan menyemarakkan semangat patriotisme melalui kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara sempena bulan kebangsaan ini.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram