Cadangan pencen bulanan KWSP dapat sokongan, rakyat harap pilihan fleksibel

OLEH: HAZIQ AZHAR, NANA MOHAMAD, HELDA JULIE, MOHAMMAD FIKRI JAMAL

KUCHING  – Cadangan kerajaan untuk memperkenalkan pembayaran pencen bulanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat reaksi positif dalam kalangan rakyat, selari dengan usaha memperkukuh jaminan sosial selepas bersara menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menerusi laporan Kementerian Ekonomi, mekanisme baharu ini bakal membolehkan caruman KWSP diasingkan kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan. 

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada pekerja apabila mereka berpeluang mengeluarkan sebahagian simpanan, selain menerima bayaran bulanan apabila bersara kelak.

Pada masa sama, kerajaan turut komited memperkukuh perlindungan sosial bagi memastikan kebajikan pekerja lebih terjamin, termasuk perlindungan terhadap risiko kehilangan pekerjaan, kemalangan dan bencana pekerjaan di luar waktu bekerja. 

Perkhidmatan rehabilitasi serta pemulihan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga bakal diperluaskan agar pekerja yang terlibat kemalangan dapat kembali bekerja dengan selamat.

Bagi pekerja sektor gig, kerajaan akan menggubal undang-undang khusus demi memastikan kebajikan mereka terus dilindungi, termasuk hak kepada persekitaran kerja yang selamat, sihat dan caruman KWSP serta Perkeso.

Majoriti setuju dengan inisiatif kerajaan

Tinjauan The Malaysia Press mendapati kebanyakan rakyat menyokong cadangan kerajaan ini yang disifatkan mampu memberi jaminan pendapatan dan keselamatan kewangan pada usia persaraan.

Daisy Yankim, 33, berkata, pembayaran pencen secara bulanan dapat membantu mengurus kewangan selepas bersara dan mengurangkan risiko penyalahgunaan simpanan.

“Saya percaya pencen bulanan lebih teratur, namun kerajaan perlu memastikan hak pencarum tetap dijaga dengan memberi pilihan yang fleksibel,” katanya.

Sementara itu, Nur Hazirah Shukur, 31, pekerja swasta, turut menyokong usaha ini kerana ia mampu mengelakkan golongan warga emas daripada menjadi mangsa penipuan kewangan dan scammer.

“Pembayaran bulanan memastikan wang pencarum lebih selamat dan menjamin aliran tunai yang berterusan selepas bersara. Cuma kerajaan perlu mengambil kira suara pencarum supaya mereka boleh memilih sama ada bayaran bulanan, sekaligus atau gabungan kedua-duanya,” ujarnya.

Syazwana Ahmad, 36, pula berpendapat, mekanisme baharu ini sangat membantu pekerja sektor swasta yang tidak menikmati pencen seperti penjawat awam.

“Cadangan ini amat baik. Namun saya harap pencarum diberikan pilihan kerana keperluan setiap individu berbeza. Pencen bulanan pasti membantu meringankan beban pada hari tua,” katanya.

Bagi Claudia Juri, seorang peniaga, usaha kerajaan memperluas perlindungan kepada pekerja gig juga amat dialu-alukan agar kumpulan itu turut mendapat manfaat KWSP dan Perkeso.

Secara keseluruhan, majoriti responden menyambut baik usaha kerajaan namun berharap supaya dasar ini dilaksanakan dengan fleksibel dan mengambil kira keperluan sebenar rakyat pelbagai lapisan.

Kerajaan dijangka akan terus memperhalusi mekanisme terbaik sebelum pelaksanaan demi memastikan kesejahteraan semua pencarum KWSP di bawah RMK13.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025