Bung desak kerajaan Sabah perbaiki infrastruktur demi kesejahteraan pegawai KKM

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa Kerajaan Negeri Sabah mengambil tindakan segera bagi memperbaiki kemudahan asas dan nfrastruktur di negeri tersebut.

Ia susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mewajibkan pegawai perubatan lantikan tetap ke Sabah dan Sarawak.

Menurut Bung, beliau menyambut baik langkah ini sebagai pendekatan jangka sederhana untuk memperbetulkan ketidakseimbangan agihan tenaga kesihatan di Malaysia.

“Namun demikian, langkah ini hanya akan berhasil sekiranya Kerajaan Negeri Sabah segera mengambil tanggungjawab memperkukuh dua perkara asas iaitu akses logistik yang efisien dan kemudahan infrastruktur kesihatan yang selesa dan selamat.

“Sabah bukan kekurangan semangat penjawat awam, tetapi sering kali gagal menyediakan keperluan asas yang menjadi prasyarat perkhidmatan berkualiti,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, kemudahan prasarana yang tidak lengkap serta bekalan air dan elektrik yang tidak konsisten juga menyebabkan pegawai menolak tawaran untuk bertugas di Sabah.

“Ramai pegawai perubatan dari Semenanjung melahirkan rasa enggan atau berat hati untuk menerima penempatan ke Sabah.

“Ia juga disebabkan prasarana di lokasi tugas amat terhad jalan yang rosak, kuarters daif, bekalan air dan elektrik tidak konsisten serta akses komunikasi yang lemah,” katanya.

Mengulas lanjut, Bung berkata keadaan ini bukan sahaja menjejaskan moral dan motivasi petugas kesihatan, malah turut mengancam kelangsungan khidmat kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman.

“Dalam jangka masa panjang, ia akan menghakis kepercayaan terhadap sistem kesihatan awam dan memperluas lagi jurang perkhidmatan antara wilayah,” katanya lagi.

Tambah Bung, Kerajaan Negeri Sabah perlu menyediakan pelan tindakan khusus bagi menambah baik kemudahan kuarters, akses jalan ke fasiliti kesihatan pedalaman, serta kelengkapan asas di klinik dan hospital daerah.

“Seterusnya menubuhkan satu jawatankuasa khas bersama KKM bagi mengenal pasti lokasi-lokasi kritikal yang memerlukan peningkatan segera agar pegawai lantikan baharu tidak berasa dihantar ke ‘zon pengabaian’,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan tentang pentingnya penyediaan sokongan asas yang baik agar Sabah tidak ketinggalan dari segi agihan tenaga pakar dan pegawai perubatan.

“Jika Kerajaan Negeri serius mahu memastikan Sabah tidak terus ketinggalan dari segi agihan tenaga pakar dan pegawai perubatan, maka tumpuan mesti diberi bukan hanya kepada angka pelantikan, tetapi kepada kualiti penerimaan perkhidmatan.

“Tanpa penyediaan sokongan asas yang sistematik dan berdaya huni, langkah mewajibkan penempatan di Sabah berisiko menjadi satu paksaan tanpa hasil jangka panjang.

“Sabah wajar menjadi medan pengkhidmatan yang membina kerjaya dan semangat khidmat awam bukan medan ujian ketahanan semata-mata,” katanya lagi.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit