Kanak-kanak 10 tahun lemas di Pantai Lutong

MIRI – Kegembiraan tiga sahabat mandi laut bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas di Pantai Lutong pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada jam 4.36 petang daripada orang awam.

“Mangsa merupakan murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Lutong dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang belum sahih atau membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, termasuk angin kencang dan ombak besar, memerlukan ibu bapa dan penjaga lebih berwaspada serta memantau aktiviti anak-anak di kawasan pantai,” tegas beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Husaini Amin di talian 019-888 9530 atau 085-655202, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman