Guru Besar maut kereta terbabas sebelum terbakar

KUANTAN – Seorang guru besar maut setelah kereta dipandunya terbabas dan terbakar di jalan utama berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Guai, dekat Bera, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Sabri Bakar, 59, yang bertugas di SK Durian Hijau, Jerantut, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Preve dipandu mangsa dari arah Jambatan Guai menuju ke Kampung Guai.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbakar 80 peratus.

“Mangsa sempat dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta tersebut terbakar namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman