Byron cadang saman Coldplay

MASSACHUSETTS – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi Astronomer, Andy Byron dilaporkan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan muzik terkenal British, Coldplay susulan insiden ‘kiss-cam’ yang tular semasa konsert mereka baru-baru ini.

Rakaman memaparkan aksi mesra Byron dan Ketua Sumber Manusia syarikat itu, Kristin Cabot, mencetuskan pelbagai reaksi apabila ia dikongsi secara meluas di media sosial.

Insiden berlaku semasa konsert Coldplay di Massachusetts, apabila kamera ‘kiss-cam’ menangkap mereka sedang berpelukan dan bercium, sebelum kedua-duanya berpaling serta menutup muka seolah-olah tidak mahu dikenali.

Page Six melaporkan, bekas CEO itu merancang untuk menyaman Coldplay serta penganjur konsert atas alasan ‘tekanan emosi’ dan ‘pencerobohan privasi’.

Sumber rapat memaklumkan, Byron tidak memberi persetujuan untuk dirakam dan kini merasakan dirinya menjadi bahan jenaka dalam talian.

“Dia tidak bersetuju untuk dirakam atau dimalukan secara terbuka. Dia percaya Coldplay telah menjadikannya bahan meme,” kata sumber itu.

Peguam dari firma undang-undang MSD Lawyers, Camron Dowlatshahi, turut memberi pandangan berhubung kes ini.

Menurutnya, terdapat kemungkinan Byron boleh membuat tuntutan fitnah, khususnya berkaitan kenyataan vokalis Coldplay, Chris Martin yang menyebut: ‘Mereka mungkin ada hubungan sulit, atau mereka terlalu pemalu’.

Dowlatshahi menambah, Byron perlu membuktikan bahawa tiada hubungan sulit berlaku bagi menyokong tuntutan fitnah tersebut.

Setakat ini, pihak Coldplay masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Namun, menurut laman hiburan ShuterScoop yang memetik sumber dalaman, Chris Martin dikatakan hanya ketawa apabila mendengar berita Byron mahu menyaman mereka.

Related Posts

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam