Proses permohonan permit masuk pasangan warga asing dilaksana secara adil

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa proses kelulusan permit masuk untuk pasangan warga asing kepada rakyat Malaysia dilaksanakan secara adil dan seimbang tanpa mengira jantina.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kelulusan permit masuk adalah berdasarkan pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira kestabilan institusi keluarga, keselamatan negara, serta kesaksamaan gender.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Syerleena Abdul Rashid (PH–Bukit Bendera) berhubung bahawa syarat pemastautin tetap (PR) yang berasaskan sistem mata lebih ketat dikenakan terhadap suami bukan warganegara, sekali gus membebankan wanita warga negara yang berkahwin dengan lelaki asing.

Menurut Saifuddin, berdasarkan data kelulusan permit masuk yang diputuskan oleh pihak berkuasa, tiada perbezaan ketara antara permohonan yang dikemukakan oleh pasangan lelaki atau wanita kepada warganegara.

“KDN bersama-sama Jabatan Imigresen Malaysia telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyelesaikan isu tunggakan permohonan Permit Masuk sejak tahun 2013 hingga 2023.

“Imigresen telah berjaya menyelesaikan keseluruhan 19,205 permohonan tunggakan, melibatkan 14,918 permohonan daripada kategori isteri kepada warganegara, dan 4,287 permohonan daripada kategori suami kepada warganegara,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Tambah beliau, kadar kelulusan bagi permohonan daripada kategori isteri kepada warganegara adalah sebanyak 22.3 peratus, manakala kadar kelulusan bagi permohonan daripada kategori suami kepada warganegara pula ialah 22.7 peratus.

Statistik tersebut, jelas Saifuddin, membuktikan bahawa tiada amalan diskriminasi jantina dalam proses penilaian dan kelulusan permit masuk, sebaliknya setiap permohonan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan secara telus dan saksama.

Related Posts

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

KENYATAAN Presiden Pas dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang menjelaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu atas alasan pelanggaran prinsip syariah, kemungkaran politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Albert Tei hantar surat cabaran debat kepada KP JKOM

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei meminta Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali memberi kepastian berhubung penganjuran debat yang dicadangkan sebelum ini, termasuk menetapkan tarikh, masa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat

Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat