Tiada tindakan, ambil kira keadaan kesihatan Tun M – PM

KERAJAAN tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kedaulatan Batu Puteh mengesyorkan agar laporan polis dibuat dan siasatan lanjut dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah hasil pertimbangan Jemaah Menteri dan tidak melangkaui bidang kuasa Peguam Negara.

Menurut beliau, meskipun RCI yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara merumuskan wujudnya kesalahan besar dalam keputusan penarikan balik semakan kes Batu Puteh, kerajaan mengambil pendekatan untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang atas faktor keadaan semasa bekas Perdana Menteri itu.

“Keputusan Kabinet, saya sudah melihat misalnya walaupun kesalahan pengkhianatan itu besar, tetapi melihat kepada suasana dan keadaan Tun, kita mengusulkan supaya tidak perlu ambil tindakan,” katanya.

Tambah beliau, keputusan untuk tidak mendakwa adalah kerana siasatan belum dijalankan secara rasmi, justeru tindakan undang-undang belum dapat dimuktamadkan.

Jadi keputusan mendakwa itu tak sampai kerana siasatan tidak dilakukan. Siasatan polis menerusi RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara mengusulkan dengan jelas menetapkan kesalahan besar. Tetapi oleh kerana keadaan Tun, kita jadikan pengajaran seperti isu Laut Sulawesi dan kita belajar dari pengalaman itu,” ujarnya lagi.

Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pertandingan Akhir Bahasa Piala Perdana Menteri ke-50 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memaklumkan akan membawa usul ke Dewan Rakyat bagi merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Beliau mendakwa Anwar mengeluarkan kenyataan mengelirukan semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) kelmarin, apabila menyatakan Mahathir bersalah besar sedangkan belum ada pendakwaan, perbicaraan atau keputusan mahkamah terhadap beliau.

Related Posts

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar