Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, langkah itu penting bagi memastikan pekerja menerima bahagian lebih adil daripada hasil pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus membolehkan manfaat kemakmuran dinikmati bersama.

Beliau berkata, KWSP turut menyokong inisiatif menaikkan kadar gaji kehidupan wajar kepada RM3,400 sebulan bagi pekerja Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan komited melaksanakannya sepenuhnya.

“Inisiatif Belanjawan 2027 jelas mengukuhkan aspirasi Ekonomi MADANI untuk membina ekonomi yang lebih makmur, inklusif dan berpaksikan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Belanjawan 2027 turut memperluas akses kepada simpanan persaraan menerusi pendaftaran automatik sebagai ahli KWSP bagi warganegara yang mencapai usia 18 tahun, selain meneruskan Program i-Saraan Plus untuk pemandu e-hailing dan p-hailing.

Menerusi program itu, pemandu yang layak boleh menerima insentif padanan kerajaan sebanyak 20 peratus, tertakluk kepada had maksimum RM600 setahun dan RM6,000 sepanjang hayat sehingga mencapai umur persaraan minimum negara.

Dalam usaha memperkukuh pendapatan selepas persaraan, KWSP turut menggalakkan ahli merancang penggunaan simpanan menerusi i-Emas, yang membolehkan bayaran bulanan dipilih bagi Pengeluaran Umur 55 dan 60 tahun sebagai alternatif kepada pengeluaran penuh.

Baki simpanan yang kekal dalam KWSP pula akan terus menerima dividen tahunan, sekali gus membantu memanjangkan tempoh simpanan sebagai sumber pendapatan selepas persaraan.

  • Related Posts

    Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

    KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

    KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

    Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

    Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

    Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

    Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

    • By Ezmie
    • October 9, 2026
    Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

    Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

    Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

    Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

    Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

    RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

    • By Ezmie
    • October 9, 2026
    RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak