Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

PUTRAJAYA – Peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Belanjawan 2027 disifatkan mampu menyokong usaha membangunkan tenaga kerja berkemahiran.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd., Nehchal Khanna berkata, pembangunan bakat dan kemahiran penting kepada syarikat itu memandangkan rakyat Malaysia merangkumi lebih 90 peratus daripada keseluruhan tenaga kerjanya.

“Kami mengalu-alukan peningkatan peruntukan kepada RM16 bilion bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta pelepasan cukai pendapatan individu bersasar untuk golongan berpendapatan sederhana.

“Dengan mengekalkan kuasa beli isi rumah, inisiatif ini menyediakan kestabilan ekonomi yang penting.

“Langkah ini melengkapi usaha berterusan QSR Brands untuk menyediakan hidangan mampu milik dan mudah diakses, seperti Menu Rahmah KFC di bawah inisiatif Payung Rahmah kerajaan, bagi memastikan kami terus memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nehchal berkata, komitmen QSR Brands terhadap pembangunan modal insan dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif termasuk Program Biasiswa KFC untuk pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan Program Latihan dan Penempatan Akademi Dalam Industri (ADI) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Beliau berkata, pihaknya menyokong penekanan kerajaan terhadap peningkatan pendapatan dan usaha meningkatkan produktiviti.

“Bagi perniagaan seperti kami, pertumbuhan gaji yang mampan perlu seiring dengan kecekapan operasi.

“QSR Brands sedang mempercepat pelaburan dalam data dan penyelesaian digital bagi memperkemas operasi serta menyediakan interaksi pelanggan yang lebih diperibadikan. 

“Usaha ini penting dalam transformasi kami untuk menjadi syarikat teknologi makanan terkemuka di ASEAN,” katanya.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak