Perkukuh hubungan Malaysia-AS antara tekad Duta Besar Malaysia

PUTRAJAYA – Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–AS semasa majlis penyerahan watikah pelantikan kepada Presiden Donald J Trump di Rumah Putih.

Dalam satu hantaran Facebook hari ini, Kedutaan Malaysia di Washington DC memaklumkan bahawa Muhammad Shahrul Ikram menyerahkan watikah pelantikannya kepada Trump semasa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan di White House pada 24 Julai.

“Dalam majlis itu, Muhammad Shahrul Ikram berpeluang bertukar-tukar ucapan mesra secara ringkas dengan Presiden Trump dan menyampaikan komitmennya untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–AS.

“Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden atas penyertaan Setiausaha Negara, Marco Rubio dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 hingga 11 Julai.

“Ia menegaskan lagi komitmen AS terhadap rantau ini serta pengukuhan Perkongsian Komprehensif Malaysia–AS,” menurut kenyataan kedutaan itu.

Sejak lebih enam dekad lalu, hubungan Malaysia–AS berkembang menjadi kerjasama pelbagai dimensi merangkumi bidang politik, ekonomi, pertahanan dan keselamatan, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

Muhammad Shahrul Ikram adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar dan diplomat berpengalaman dengan lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.

Anak kelahiran Pahang itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School pada 2009.

Related Posts

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan FELDA menyelesaikan isu berkaitan peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah. Perdana Menteri berkata, badan kemajuan itu perlu berusaha menyelesaikan setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

MARAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Bhd berjumlah RM126.9 juta. Ahmad Zahid berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka